Thursday, 10 July 2014
Majlis Persaraan Pn. Hjh. Rossilah Bt Hashim GPK 1 @ 26 Mei 2014
Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan
Ucapan Pn. Hjh Rossilah kepada anak-anak sesi petang bersama guru-guru petang.
Memeotong kek bersama. Pn. Hjh Rossilah berkongsi tarikh lahir bersama Pn. Rahmatunnisa.
* Selamat Hari Lahir buat kalian berdua *
Para guru menyaksikan acara pemotongan kek dengan penuh perhatian.
Bergambar kenangan di meja makan beradab bagi yang diraikan.
Pereka-pereka hiasan kereta bagi perjalanan terakhir seorang pendidik anak bangsa.
Laluan khas untuk yang diraikan (sebelum dia sampai, kita bergambar dulu)
Pentas yang dihias begitu rupa untuk meraikan persaraan Pn Hjh Rossilah yang telah banyak manabur budi pada warga SK Batu 3.
Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat SK Batu 3 @ 20 Mei 2014

Alhamdulillah. Majlis sambutan Hari Guru Peringkat sekolah telah dapat dijalankan dengan jayanya. Berbagai aktiviti telah dilaksanakan bagi memeriahkan lagi sambutan pada tahun ini. Terima kasih diucapkan kepada semua guru yang telah terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung dalam memeriahkan sambutan tahun ini.
Pertandingan pakaian beragam antara salah satu acara yang mencungkil bakat fesyen guru-guru.
Persembahan khas dari murid tahun 6 Tabah buat sekalian guru.
En. Mohd Fadzil Hadi, antara guru yang banyak menerima hadiah pada tahun ini..
En. Mohd Fahmi masih menunggu hadiah dari anak-anak didik sambil tersenyum.
Guru Besar SK Batu 3, En. Onn Mohd Noor memotong kek sebagai simbolik perasmian majlis sambutan hari guru pada tahun ini. (Kek Coklat sumbangan PIBG SK Batu 3)
Persembahan dari murid tahun 5 Setia yang sungguh syahdu.
Tolong kami... bantu kami.. anak-anak murid cikgu.
Pn. Rosfaridah dan Pn Hendon bergambar ceria di hadapan kek hari guru.
Majlis pemotongan kek beramai-ramai bersama pentadbir sekolah.
Persembahan guru yang sangat dinanti-nantikan oleh murid-murid.
(Madu 3, arahan: En. Abdul Razak)
Johan Pertandingan Sofbal Peringkat Negeri @ 11 Mei 2014
Tahniah diucapkan kepada barisan pemain sekolah dan jurulatihnya yang telah mewakili Daerah Kluang untuk bertanding di peingkat MSSN Johor. Teruskan usaha anda meburu kejayaan demi kejayaan bagi memartabatkan sukan tanah air dan mengahrumkan nama sekolah di peringkat kebangsaan.
Monday, 21 April 2014
Sunday, 20 April 2014
Penyampaian Hadiah Karnival Bahasa Melayu Peringkat Zon Paloh
Ahlamdulillah, segala syukur diungkapkan untuk Ilahi, dengan izinNya, dengan bimbingan para guru dan rakan-rakan, maka pasukan SK Batu 3 telah memenangi acara-acara di bawah. Tahniah diucapkan dan teruskan usaha.
Johan Pertandingan Bercerita Tahap 1
Johan Pertandingan Bercerita Tahap 2
Johan Pertandingan Pidato
Konduktor Terbaik Bicara Berirama
Johan Pertandingan Bicara Berirama
Saturday, 19 April 2014
Karnival Bahasa Melayu Zon Paloh @ 19/04/2014
Persembahan bercerita tahap 1 oleh adik Safiya
Persembahan bercerita tahap dua oleh Adik Rasyideen
Persembahan Pidato oleh Adik Adlina
Pasukan bicara berirama SK Batu 3 di bawah bimbingan Pn. Maslia Darum
Persembahan bicara berirama oleh pasukan Sekolah Kebangsaan Sri Kampung Tengah
Candit sekirat karnival
Subscribe to:
Posts (Atom)

















































