Wednesday 1 January 2020

Aluan Guru Besar


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, setinggi-tinggi ucapan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, kita warga pendidik SEBATI masih diberi peluang dan kesempatan untuk terus bekerja menabur bakti, menyumbang idea dan tenaga untuk meneruskan kecemerlangan pendidikan negara.

                Ucapan terima kasih juga kepada semua warga SEBATI kerana telah bertungkus-lumus serta penat lelah melaksanakan tugas yang diamanahkan untuk sesi persekolahan pada tahun 2019 yang lalu. Kita sedar bahawa sekolah kita merupakan Sekolah Transformasi 2025 ( TS25 ) dan Sekolah Program STEM ( Sains, Teknologi, Engineering dan Matematik ) yang mana banyak program-program telah dijalankan pada tahun 2019. Justeru itu, bagi tahun 2020 ini sekali lagi saya mengharapkan semua warga SEBATI akan dapat membudayakan amalan-amalan yang diterapkan dalam elemen-elemen PAK21 sewaktu PdPc dijalankan dengan lebih bermutu dan berkesan.

            Kesempurnaan pendidikan adalah menjadi tekad kita untuk memastikan keputusan akademik dan kokorikulum sekolah melonjak ke tahap yang cemerlang dalam setiap bidang bagi merealisasikan kebolehan dan bakat murid.

            Harapan saya dengan adanya semangat “ 1 PASUKAN 1 MATLAMAT ” serta laungan “ SEBATI BOLEH ” yang diterapkan berupaya mengubah corak PdPc guru yang lebih menarik dalam membangunkan potensi diri murid ke arah mencapai pendidikan yang berkualiti.

Saya bukanlah orang hebat tetapi saya mahu belajar dari orang yang hebat,
saya adalah orang biasa tetapi saya ingin menjadi orang yang luar biasa dan
             saya bukan orang yang istimewa tetapi saya akan jadi orang yang istimewa
jika mahu berusaha ”

Sekian, terima kasih.

“ SEBATI BOLEH ”
“ 1 PASUKAN 1 MATLAMAT ”




Ikhlas dari saya

HJ HANUAR BIN HJ MISRON
Guru Besar,
SK Batu Tiga,
Kluang Johor.

No comments:

Post a Comment