Thursday 10 July 2014

Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat SK Batu 3 @ 20 Mei 2014


Alhamdulillah. Majlis sambutan Hari Guru Peringkat sekolah telah dapat dijalankan dengan jayanya. Berbagai aktiviti telah dilaksanakan bagi memeriahkan lagi sambutan pada tahun ini. Terima kasih diucapkan kepada semua guru yang telah terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung dalam memeriahkan sambutan tahun ini.

Pertandingan pakaian beragam antara salah satu acara yang mencungkil bakat fesyen guru-guru.

Persembahan khas dari murid tahun 6 Tabah buat sekalian guru.


En. Mohd Fadzil Hadi, antara guru yang banyak menerima hadiah pada tahun ini..

En. Mohd Fahmi masih menunggu hadiah dari anak-anak didik sambil tersenyum.

Guru Besar SK Batu 3, En. Onn Mohd Noor memotong kek sebagai simbolik perasmian majlis sambutan hari guru pada tahun ini. (Kek Coklat sumbangan PIBG SK Batu 3)

Persembahan dari murid tahun 5 Setia yang sungguh syahdu.
Tolong kami... bantu kami.. anak-anak murid cikgu.

Pn. Rosfaridah dan Pn Hendon bergambar ceria di hadapan kek hari guru.

Majlis pemotongan kek beramai-ramai bersama pentadbir sekolah.

Persembahan guru yang sangat dinanti-nantikan oleh murid-murid.
(Madu 3, arahan: En. Abdul Razak)



No comments:

Post a Comment