Saturday 23 August 2014

Karnival Bahasa Inggeris Peringkat Daerah 2014

Alhamdulillah, Karnival Bahasa Inggeris Peringkat Daerah Kluang telah berjalan dengan jayanya di SK Batu 3 dan SK Dato Syed Zain Al-Syahab. Beberapa acara telah dilaksanakan. Tahniah kepada sekolah yang telah berjaya dan teruskan usaha.





Pelancaran Bulan Kemerdekaan & Sambutan Hari Raya @ 21 Ogos 2014

Persiapan menyambut bulan kemerdekaan 2014
Operasi gantung-menggantung jalur gemilang

Kerjasama memasang jalur gemilang dan bendera Negeri Johor.

Cikgu Fahmi, model bendera kecil...

Wow, meriahnya sekolahku......

En. Onn bin Mohd Noor, Guru Besar SK Batu 3 menyerahkan jalur gemilang kepada pengusaha kantin.

Meriahnya sekolahku........ Malaysiaku gemilang.....

Kami anak-anak merdeka.


Sambutan Hari Raya @ SK Batu 3
Guru-guru sedang sibuk menyiapkan makanan untuk anak-anak.

Kerja-kerja memotong nasi himpit di kantin sekolah.

Jom kita makan... sorang ambil satu dulang.

Ustaz Nazulraini memimpin marhaban dan bacaan doa.

Sedapnya....... jemput makan semua. Aik, Kak Muna tak makan ke?

Cantik tak baju raya kami?...


Monday 18 August 2014

Video Menarik Sekitar Program Taklif

Dengarlah rintihan hatiku duhai anakku.

Ayah, doakan saya berjaya di dunia dan akhirat ya.
Saya sayang Ayah.

Ya Allah perkenankanlah doa permohonan kami ini.



Program Motivasi Ibu Bapa dan Penyerahan Taklif @ 17 Ogos 2014

Alhamdulillah. Dengan izin Allah, program Motivasi Ibu Bapa dan Penyerahan Taklif bagi murid-murid tahun 6 SK Batu 3 telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Program yang bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada para ibu bapa tentang peri pentingnya didikan dalam keluarga yang akan menjadikan anak-anak membesar dalam suasana taat pada perintah Allah Taala.

Program ini juga adalah untuk memberi kesedaran kepada para murid bahawa mereka telah melangkah ke alam remaja dan telah tiba saat dan waktunya untuk memikul tanggung jawab sendiri.

Anak-anak berada berhadapan dengan ibu bapa masing-masing. Menambahkan rasa kasih sayang.

Bersedia untuk melafazkan penerimaan taklif.

Anakku.............. dengarkanlah.

Ustaz Ahmad Daud mengepalai program taklif pada kali ini.

Keluarga En. Rosli mengetuai penyerahan taklif dan diikuti oleh ibu bapa yang lain.

Genggaman erat tangan ibu dan anak megalirkan satu kuasa yang sungguh mesra.

Dengarlah luahan hati ibumu ini.

Kucupan sayang dari seorang ibu dan dakapan erat dari anak untuk ibu.

Bacaan doa setelah selesai majlis berlangsung.

Prepared & Impromtu

Prepared for Story Telling

Karnival Bahasa Inggeris Zon Paloh @ 14th August 2014 @ SK Kampong Chamek

Adik Safiyah bersedia untuk beraksi dipentas.... doakan kejayaannya.

Maveen Menon A/L Prem Kumar sedang beraksi dalam acara Public Speaking

Tahniah buat adik Damia Sofea atas kejayaan merangkul Johan Story Telling Zon Paloh dan akan mewakili Zon Paloh ke pertandingan peringkat Daerah Kluang.

Tahniah buat adik safiyah yang juga merangkul Johan dalam acara story telling. Adik Safiyah juga akan mewakili Zon Paloh untuk pertandingan peringkat Daerah Kluang pada 23 Ogos nanti.

Tahniah dan teruskan kejayaan.

Gotong Royong Anti Denggi


En. Onn Bin Mohd Noor melancarkan kempen cegah Denggi peringkat sekolah.







Saturday 9 August 2014

English Camp 2014 @ Friday 8 August

















Kata-kata Semangat Guru Besar untuk Calon UPSR 2014

Kata-kata semangat dari Cikgu Onn untuk anak-anak calon UPSR supaya terus bersemangat

Kita kena gunakan sepenuh tenaga untuk meraih kejayaan.

Kalau kita makan, makan sungguh-sungguh. kalau main, main sungguh-sungguh. kalau belajar, belajar sungguh-sungguh.

Monday 4 August 2014

Cepat dan Segera

Lebah punya cerita.
Alhamdulillah dengan kepantasan pihak sekolah menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), serangan lebah dapat dipatahkan dengan jayanya. Tidak gigitan dan sengatan yang berlaku. Tahniah kepada pihak JPAM kerana dengan kepantasan mereka telah menyelamatkan keadaan.

Kawasan yang dilaporkan mempunyai sarang lebah

Pasukan JPAM dengan pakaian seragam lengkap dan pakaian kerja bersiap sedia menjalankan tugasan.

Berhati-hati dalam menjalankan tugas demi keselamatan .

Mula bertindak.

Alhamdulillah, selesai tugasan.