Monday, 18 August 2014

Program Motivasi Ibu Bapa dan Penyerahan Taklif @ 17 Ogos 2014

Alhamdulillah. Dengan izin Allah, program Motivasi Ibu Bapa dan Penyerahan Taklif bagi murid-murid tahun 6 SK Batu 3 telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Program yang bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada para ibu bapa tentang peri pentingnya didikan dalam keluarga yang akan menjadikan anak-anak membesar dalam suasana taat pada perintah Allah Taala.

Program ini juga adalah untuk memberi kesedaran kepada para murid bahawa mereka telah melangkah ke alam remaja dan telah tiba saat dan waktunya untuk memikul tanggung jawab sendiri.

Anak-anak berada berhadapan dengan ibu bapa masing-masing. Menambahkan rasa kasih sayang.

Bersedia untuk melafazkan penerimaan taklif.

Anakku.............. dengarkanlah.

Ustaz Ahmad Daud mengepalai program taklif pada kali ini.

Keluarga En. Rosli mengetuai penyerahan taklif dan diikuti oleh ibu bapa yang lain.

Genggaman erat tangan ibu dan anak megalirkan satu kuasa yang sungguh mesra.

Dengarlah luahan hati ibumu ini.

Kucupan sayang dari seorang ibu dan dakapan erat dari anak untuk ibu.

Bacaan doa setelah selesai majlis berlangsung.

No comments:

Post a Comment