Sunday 17 November 2013

Kursus Pengurusan Jenazah @ 7 Oktober 2013


Menguruskan jenazah adalah merupakan perkara yang tidak boleh kita elakkan begitu sahaja. Ianya merupakan fardhu kifayah ke atas umat Islam. Dengan adanya sebahagian umat Islam yang mengetahuinya akan selesailah tanggungjawab itu. 

Namun dalam keadaan sekarang ini, kesedaran di kalangan generasi muda untuk melaksanakan tanggungjawab ini amat tipis sekali. Ramai dari generasi muda yang tidak tahu cara-cara menguruskan jenazah dan hanya menyerahkan sepenuhnya kepada jenerasi yang lebih tua dari mereka untuk melaksanakannya. Bayangkanlah suatu hari nanti ayah atau ibu kita meninggal dunia. Tergamakkah kita membiarkan orang lain menguruskannya sedangkan diri kita hanya melihat tanpa sebarang ilmu.  

Sejajar dengan itu maka pihak Panitia Pendidikan Islam, SK Batu 3 terpanggil untuk menganjurkan kursus ini bagi memberikan sedikit bimbingan dan panduan kepada para murid.



Proses memandikan jenazah 

Menyediakan kain kafan, semasa jenazah sedang dimandikan.

Jenazah yang siap dikafankan dan bersedia untuk dikebumikan.

No comments:

Post a Comment