Saturday, 12 July 2014

Program Ihya Ramadan SK Batu 3

Murid-murid SK Batu 3 sedang mendengar tazkirah 5 minit yang disampaikan

Mohd Zulhakim, Ketua Pengawas SK Batu 3 memulakan sesi tazkirah ringkas pada tahun ini.

Tazkirah santai dan bersahaja oleh adik Dania

Irfan (6B) meneruskan sesi tazkirah untuk menambahkan pengetahuan kawan-kawan

Bukan sahaja tahun 6, tetapi pihak Panitia Pendidikan Islam juga melatih pentazkirah muda dari tahun 4.

Pn. Hamidah Binti Abu Bakar mengetuai program Tadarus al-Quran di kantin lama.

Murid-murid penuh kusyuk mendengar dan mengikuti bacaan al-quran

Dua sahabat sedang membaca dan menyemak bacaan al-Quran

Program tadarus ini adalah bertujuaan untuk mendekatkan diri murid dengan al-Quran di samping mendedahkan mereka dengan bacaan yang betul

Ustaz Nazulraini mengepalai zikir munajat dan tazkirah ringkas.

Thursday, 10 July 2014

Ahlan Wasahlan Ya Ramadan...


Majlis Perpisahan dan Selamat Datang @ Prime City pada 27 Jun 2014

Majlis ini adalah bertujuan untuk meraikan jasa yang telah diberikan oleh beberapa orang guru yang pernah bertugas di SK Batu3.

1. Pn. Hjh Rossilah Bt Hashim - Bersara\
2. En. Nazim Bin Tesnoh - berpindah ke SK Bandar Paloh
3. En. Abdul Razak Bin Rafien - berpindah ke SK Kampung Melayu
4. En. Mohd Arif Bin Abd Halim - Berpindah ke SK Punan
5. Pn. Noor Sajidah Binti Abdul Rani - Berpindah ke Pulau Pinang
6. Pn. Nor Azian Binti Bakar - berpindah ke Pahang
7. En. Adi Akmal Bin Daimon - berpindah ke SK Kampung Melayu.


Dan juga meraikan kedatangan guru-guru baru ke SK Batu 3. Tahniah dan semoga kita dapat bekerja sebagai satu pasukan bagi memajukan SK Batu 3 yang kita sayangi ini.













Hari Terbuka / Penyerahan Buku Rekod Prestasi @ 22 Jun 2014








Bengkel Menjawab Soalan Sains & MAtematik UPSR @ 21 Jun 2014

Sekalung tahniah dan terima kasih kepada Unit Bimbangan dan Kaunseling, Unit Kecemerlangan UPSR dan Pejabat Pendidikan Daerah Kluang kera telah berjaya menjalankan Bengkel Menjawab Soalan UPSR siri pertama iaitu bagi matapelajaran Sains dan Matematik.

Peserta bengkel telah dibahagikan kepada 3 kumpulan. Kumpulan A di PKG Timur, Kumpulan B di PKG Barat dan Kumpulan C di Bilik Mesyuarat SK Batu 3. Agihan kumpulan ini adalah berdasarkan aras mereka dan bagi memudahkan pengendalian bengkel oleh penceramah jemputan.










Lawatan ke Kidzania Kuala Lumpur @ 27 Mei 2014







Majlis Persaraan Pn. Hjh. Rossilah Bt Hashim GPK 1 @ 26 Mei 2014

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

Ucapan Pn. Hjh Rossilah kepada anak-anak sesi petang bersama guru-guru petang.

Memeotong kek bersama. Pn. Hjh Rossilah berkongsi tarikh lahir bersama Pn. Rahmatunnisa.
* Selamat Hari Lahir buat kalian berdua *

Para guru menyaksikan acara pemotongan kek dengan penuh perhatian.

Bergambar kenangan di meja makan beradab bagi yang diraikan.


Pereka-pereka hiasan kereta bagi perjalanan terakhir seorang pendidik anak bangsa.

Laluan khas untuk yang diraikan (sebelum dia sampai, kita bergambar dulu)

Pentas yang dihias begitu rupa untuk meraikan persaraan Pn Hjh Rossilah yang telah banyak manabur budi pada warga SK Batu 3.