Monday, 30 December 2013

Jualan Buku Bagi Sesi Persekolahan 2014

Alhamdulillah kaunter jualan buku pada tahun ini dapat dibuka seawal jam 8.00pagi.

Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Pendaftaran Pra Sekolah dan Tahun 1, 2014 @ 30 Januari 2013

Taklimat Pra Sekolah di sampaikan oleh Tn. Hj. Rais Bin Shahdan di Bilik Mesyuarat Sekolah.
Manakala pendaftaran murid pra sekolah diadakan di kelas masing-masing.

Pendaftaran murid tahun 1 di kelas masing-masing bersama guru kelas.
Kelihatan wajah ceria yang terpancar dari raut wajah murid tahun satu untuk memulakan sesi persekolahan tahun ini.

Saturday, 28 December 2013

Friday, 27 December 2013

Mesyuarat Pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM)

Tn. Hj. Rais Bin Shahdan
(GPK HEM, SK Batu 3)

Fokus Pengurusan HEM PPD Kluang:
1) Peningkatan peratus kehadiran murid
2) Pengurangan bilangan salahlaku disiplin
3) Memantapkan pengurusan Bimbingan dan Kaunseling, RMT, KWAPM, Kebajikan, SPBT, Kantin, Kesihatan dan PPDa.
4) Pembentukan sahsiah murid.

Manual pengurusan HEM SK Batu 3 bagi tahun 2014.


Agihan Buku Rekod Pengajaran (BRP) baru kepada guru

Tahun baru, dapat buku rekod pengajaran pembelajaran dan pengajaran yang baru.




Thursday, 26 December 2013

Mesyuarat Badan Muafakat Warga (BMW) 2013


Pembentangan minit mesyuarat Badan Muafakat Warga (BMW) Bil 03/Tahun 2013 oleh Naib Pengerusi Badan Muafakat Warga (BMW) SK Batu 3, En. Mohd Fadzil Hadi B. Mamat

Peletakan jawatan bagi jawatankuasa Badan Muafakat Warga (BMW) bagi sesi 2013.

Pelantikan Jawatankuasa baru bagi sesi 2014

Pengerusi: En. A.Halim Bin Sahelan
Timbalan Pengerusi: En. Mohd Fahmi Bin Saif
Setiausaha 1: Pn. Muna a/k Nyireng
Setiausaha 2: Pn. Siti Zaleha Bt Md Yusof
Bendahari 1: Pn. Norsajidah Binti Abd Rani 
Bendahari 2: Pn. Hawa Binti Kamsidi

Ahli Jawatankuasa:
Biro Ekonomi 1: En. Abd Razak Bin Rapie
Biro Ekonomi 2: Pn. Manisah Binti Tamat

Biro Kebajikan 1: Ustaz Mohd Fadhil Bin Mohd Hasbi Tan
Biro Kebajikan 2: Pn. Norazimah Binti Ibrahim

Biro Sukan 1: En. Zulkifli Bin Othman
Biro Sukan 2: Pn. Rosfaridah Binti Abd Rahim

Biro Keraian 1: Pn. Hendon Binti Abd Karim
Biro Keraian 2: En. Yusri Bin Jaafar Shah

Biro Lawatan 1: Pn. Nurul Hayati Binti Abd Manan
Biro Lawatan 2: En. Abd. Razak Bin Abu Bakar

Juru Audit 1: Pn. Rukiah Ismail
Juru Audit 2: Pn. Norina Binti Yusof

Logo Baru Kementerian Pendidikan Malaysia


RASIONAL
Seperti lurusnya huruf Alif, penggunaan huruf 'I' melambangkan INSAN, ILMU dan IMAN. 3 'l' ini adalah teras konsep logo ini. Pendekatan menggunakan huruf atau typography adalah berdasarkan pengertian bahawa manusia yang pada masa hidupnya, berada pada jalan yang lurus sebagaimana huruf ‘I’ itu. Kegunaan huruf 'I' umpama lurusnya 'Alif' melambangkan insan dan iman, juga membawa pengertian ILMU kerana Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat. Ilmu juga diklasi fikasikan sebagai pengetahuan atau kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun ukhrawi. Ilmu juga ditakrifkan sebagai pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan dan sebagai suatu kebenaran dan keyakinan.
Logo ini menggunakan dua ‘P’ dan dua ‘I’ melambangkan dua peringkat pendidikan iaitu Sistem Sekolah dan Sistem Pengajian Tinggi. Hurup ‘P’ yang bertingkat ke arah 'I' melambangkan tahap-tahap kecemerlangan pendidikan Malaysia. Bentuk Bulat melambangkan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang bersifat global. Dari segi warna,biru bermaksud profesionalisma dalam sistem pendidikan negara. Kuning keemasan melambangkan kecemerlangan. Putih melambangkan sistem pendidikan yang bermutu tinggi dan membentuk insan yang berkualiti dan berakhlak mulia.

Rekabentuk oleh:
Prof. Dato’ Dr Ahmad Zainuddin & Mohd Faizal Ahmad
(Majlis Rekabentuk Malaysia)

Sumber:http://www.moe.gov.my/v/Logo