Sunday, 16 February 2014

Sambutan Maulidurrasul SAW 1435H @ 15 Februari 2014

Para murid SK Batu 3 bersemangat meraikan Sambutan Maulidurrasul 2014

Kami sayang Rasulullah

Air... Air... Siapa yang nak air, sila beratur.

Guru Besar, En. Onn Bin Mohd Noor bersama penceramah jemputan, Ustaz Mohd Hasyrie Rusydi

Ustaz Mohd Hasyrie Rusydi memberikan ceramah tentang perjuangan dakwah Nabi Muhammad SAW

Murid-murid tahap dua memberikan sepenuh perhatian kepada ceramah yang diberikan

Ustaz Faizal Subahar memberikan ceramah untuk murid-murid tahap satu di dewan terbuka

Murid mendengar dengan penuh ceria.

Tuesday, 11 February 2014

Perjumpaan Pentadbir dengan Calon UPSR

Pn. Hjh. Rossilah (GPK 1) memberi taklimat dan penerangan kepada calon UPSR 2014.

Guru Besar SK Batu 3, memotivasikan calon-calon UPSR 2014 untuk terus bersemangat belajar dan mengulangkaji pelajaran.



Monday, 3 February 2014

Majlis Sambutan ETA 2014

Date: 4 February 2014
Day: Tuesday
ETA: Ms. Lesa Sexton



Pn. Rusliza sebagai koordinator English Day

Ucapan sulong ETA 2014

Persembahan murid tahun 4 tabah

Just For You

Tuesday, 28 January 2014

Gong Xi Fa Cai - Agihan Limau Sempena Tahun Baru Cina


 Terima kasih cikgu..... manis ke limau ni?

Beratur.... beratur... siapa yang tak beratur, saya tak bagi.

Haaa... Makan limau tu jangan lupa saya.

Yahoo.... Kami dapat limau... Tak sabar nak makan.

Gong Xi Fat Cai....... Sedapnya limau ini


Agihan Bantuan Khas Awal Persekolahan 2014

Seperti yang diumumkan dalam Bajet 2014, bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah akan diteruskan pada tahun 2014.
Pihak Sekolah telah mimilih tarikh 27 Januari 2014 sebagai hari agihan dan serahan bantuan tersebut. Majlis telah berlangsung di kantin lama @ dewan terbuka SK Batu 3.

Ibu bapa menandatangani borang mengesahkan penerimaan bantuan RM 100.

Berbaris menunggu giliran.

Suasana hari penyerahan bantuan awal persekolahan.

Aku kaya..... tapi bukan duit aku..... Aku cuma pegang sahaja.

Cikgu, nama anak saya ada ke?


Saturday, 25 January 2014

Johan Anugerah Nilam Peringkat Daerah

Permata SK Batu 3. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Nurul Adlina Safiya Binti Norisham yang telah berjaya menggondol Johan dalam pertandingan Nilam Peringkat Daerah Kluang yang berlangsung di SJK Chong Hwa 2 pada 21-23 Januari 2014 yang lalu.

Beliau akan mewakili daerah Kluang untuk bertanding di peringkat negeri pula.

Menerima Sijil Penghargaan dan Piala daripada Guru Besar SK Batu 3 semasa majlis perhimpunan mingguan (26/1/2014)

Nurul Adlina Safiya Binti Norisham
Johan Pertandingan Nilam Peringkat Daerah Kluang.

Sijil Penghargaan dan Piala yang diterima.


Anugerah Kelas Terbersih Minggu ke-4

Kelas terbersih untuk minggu keempat persekolahan ialah Tahun 4 Tabah.
** Tahniah dan teruskan usaha anda **