Wednesday, 22 January 2014

Majlis Perpisahan Bersama Tn Hj Rais Bin Hj Shahdan

SK Batu 3 dilanda kesedihan apabila GPK HEM yang baru bertugas di sekolah ini iaitu Tn. Hj Rais Bin Hj Shahdan mendapat arahan untuk berpinadah ke SK Tengku Mahmood 2, Kluang.

Bagi meraikan perpindahan tersebut, pihak Badan Muafakat Warga (BMW) SK Batu 3 telah mengadakan sedikit majlis ringkas bersama murid.

Pertemuan kita disuatu hari,
Menitiskan ukhuwah yang sejati,
Bersyukur ku kepada Ilahi,
Di atas jalinan yang suci.....

En. A.Halim sebagai Pengerusi BMW mempengerusikan majlis perpisahan Tn Hj Rais

Kesayuan terpancar di wajah warga SK Batu 3

Ucapan dan amanat khas dari seorang pendidik buat anak didik tersayang dan rakan seperjuangan.

Penyampaian hadiah dari murid kepada Tn. Hj Rais Bin Hj Shahdan

Monday, 20 January 2014

Perjumpaan Rumah Sukan Kali Pertama @ 22/01/2014

22 Januari 2014- Perjumpaan pertama pasukan rumah sukan bagi tahun 2014. Antara agenda utama yang dibincangkan pada perjumpaan pertama ini ialah pelantikan jawatankuasa bagi rumah masing masing.

Proses pelantikan pengerusi pasukan kuning sedang berjalan.

Pn. Rusliza mengendalikan proses pemilihan jawatankuasa rumah hijau.

En. A.Halim mengangkat tangan tanda sokongan kepada pengerusi yang baru dilantik.

Pasukan biru ceria menjalani proses pemilihan jawatankuasa pasukan bagi meneruskan perjuangan dalam acara padang dan balapan pada tahun 2014 ini.


Sunday, 19 January 2014


Ya Rasulullah.... Kami rindu padamu

Happy Taipusam

Majlis Konferensi Ibu Bapa Murid Tahun 6, Siri 1 (16/01/2014)

Tema:
Keibubapaan Efektif Melahirkan Permata Berkualiti

Objektif:
1. Berkongsi maklumat dengan semua ibu bapa mengenai akademik dan sahsiah murid tahun 6
2. Mencari kesepakatan antara ibu bapa dan guru untuk meningkatkan prestasi akademik anak-anak.
3. Meningkatkan motivasi ibu bapa ke adrah pemantapan diri.

Guru kelas menyambut mesra kehadiran ibu bapa / penjaga ke sekolah.

Para petugas media sibuk mempersiapkan persembahan untuk ibu bapa / penjaga.

Pengacara majlis yang mantap bersama AJK Teknikal yang terbaik.

Para ibu bapa yang hadir untuk bersama membincangkan prestasi anak-anak.

En. Onn Bin Mohd Noor (GB SK Batu 3) memberikan ucapan mengalu-alukan kehadiran ibu bapa / penjaga.

AJK Jamuan sibuk membungkus sedikit jamuan ringan untuk para tetamu.



Ceramah Keibu Bapaan oleh En. Mohd Shshran Bin Yahya.

Wednesday, 15 January 2014

Jom Tahsin Fatihah


Sheikh Muhammad Kurayyim Rajih (محمد كريِّÙ… بن سعيد بن كريم راجح) 

Pakar Rujuk Al-Quran dari Syria

Sepintas Lalu KSSR


Berikut merupakan beberapa link yang berguna untuk KSSR...
Klik pada perkataan di bawah untuk muat turun (download)