Monday 8 February 2016

10/10/2015 - Hari Sukan Negara & Pelancaran Sekolah Transformasi

Sempena Hari Sukan Negara yang dilancarkan serentak di seluruh negara pada 10 Oktober 2015, Warga SK Batu 3 juga tidak terlepas daripada menjalankan aktiviti kesukanan. Satu program senamrobik telah dijalankan pada pagi 10/10/2015.

Penuh bersemangat, sampai berpeluh.


Warga SeBaTi memeng sporting.

Selepas itu diadakan Majlis Pelancaran Program Sekolah Transformasi di Dewan Al-Khawarizmi. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kluang. Majlis pelancaran ini bertujuan untuk memaklumkan kepada para ibu bapa murid SK Batu 3 tentang program terbaru ini.

En. Kahar bin Abdullah memberi ucapan aluan dalam majlis pelancaran.


Warga SeBaTi yang ceria selalu

Model sekolah transformasi..... Bergaya tak kami?

No comments:

Post a Comment