Wednesday 25 December 2013

Mohon doa



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Kepada semua warga SK Batu 3 yang mulia.
Saya mewakili Pn. Hamidah Bt. Abu Bakar memohon jasa baik tuan-tuan dan puan-puan menghadiahkan bacaan Al-Fatihah dan doa kepada suaminya En. Misuan yang akan menjalani pembedahan batu karang.

Semoga segala urusan dipermudahkanNya. Amin Ya Rabbal 'Alamin.



Ya Allah , ya Tuhan kami, yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
kami berhimpun pada hari ini berdoa memohon rahmat dan hidayah dari-Mu.

Semoga dengan rahmat itu ,
Engkau berikan petunjuk kepada kami, Engkau perkukuhkan perpaduan kami,
Engkau memperbaiki urusan Agama dan dunia kami.

Ya Allah, ya Tuhan kami yang memiliki segala kekuasaan dan kemuliaan,
kurniakanlah taufik dan hidayah-Mu kepada kami,
restuilah perancangan kami,
bimbinglah kami dengan petunjuk-Mu yang berterusan.
Pimpinlah kami sekalian ke jalan yang lurus dan benar yang membawa kepada ketenteraman dan
kesejahteraan.
Hindarkanlah kami sekalian dari segala mala petaka dan sifat-sifat yang keji.

Ya Allah , Ya Tuhan kami yang Maha Mendengar,
Kau berilah kekuatan dan keselamatan kepada En. Misuan (Suami Pn. Hamidah Abu Bakar) yang akan menjalani pembedahan. Semoga pembedahannya berjalan lancar dan mendapat kesihatan yang baik selepas pembedahan.

Amin Ya Rabbal 'Alamin.


No comments:

Post a Comment