Pembentangan minit mesyuarat Badan Muafakat Warga (BMW) Bil 03/Tahun 2013 oleh Naib Pengerusi Badan Muafakat Warga (BMW) SK Batu 3, En. Mohd Fadzil Hadi B. Mamat
Peletakan jawatan bagi jawatankuasa Badan Muafakat Warga (BMW) bagi sesi 2013.
Pelantikan Jawatankuasa baru bagi sesi 2014
Pengerusi: En. A.Halim Bin Sahelan
Timbalan Pengerusi: En. Mohd Fahmi Bin Saif
Setiausaha 1: Pn. Muna a/k Nyireng
Setiausaha 2: Pn. Siti Zaleha Bt Md Yusof
Bendahari 1: Pn. Norsajidah Binti Abd Rani
Bendahari 2: Pn. Hawa Binti Kamsidi Ahli Jawatankuasa:
Biro Ekonomi 1: En. Abd Razak Bin Rapie
Biro Ekonomi 2: Pn. Manisah Binti Tamat
Biro Kebajikan 1: Ustaz Mohd Fadhil Bin Mohd Hasbi Tan
Biro Kebajikan 2: Pn. Norazimah Binti Ibrahim
Biro Sukan 1: En. Zulkifli Bin Othman
Biro Sukan 2: Pn. Rosfaridah Binti Abd Rahim
Biro Keraian 1: Pn. Hendon Binti Abd Karim
Biro Keraian 2: En. Yusri Bin Jaafar Shah
Biro Lawatan 1: Pn. Nurul Hayati Binti Abd Manan
Biro Lawatan 2: En. Abd. Razak Bin Abu Bakar
Juru Audit 1: Pn. Rukiah Ismail
Juru Audit 2: Pn. Norina Binti Yusof
Seperti lurusnya huruf Alif, penggunaan huruf 'I' melambangkan INSAN, ILMU dan IMAN. 3 'l' ini adalah teras konsep logo ini. Pendekatan menggunakan huruf atau typography adalah berdasarkan pengertian bahawa manusia yang pada masa hidupnya, berada pada jalan yang lurus sebagaimana huruf ‘I’ itu. Kegunaan huruf 'I' umpama lurusnya 'Alif' melambangkan insan dan iman, juga membawa pengertian ILMU kerana Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat. Ilmu juga diklasi fikasikan sebagai pengetahuan atau kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun ukhrawi. Ilmu juga ditakrifkan sebagai pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan dan sebagai suatu kebenaran dan keyakinan.
Logo ini menggunakan dua ‘P’ dan dua ‘I’ melambangkan dua peringkat pendidikan iaitu Sistem Sekolah dan Sistem Pengajian Tinggi. Hurup ‘P’ yang bertingkat ke arah 'I' melambangkan tahap-tahap kecemerlangan pendidikan Malaysia. Bentuk Bulat melambangkan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang bersifat global. Dari segi warna,biru bermaksud profesionalisma dalam sistem pendidikan negara. Kuning keemasan melambangkan kecemerlangan. Putih melambangkan sistem pendidikan yang bermutu tinggi dan membentuk insan yang berkualiti dan berakhlak mulia.
Rekabentuk oleh:
Prof. Dato’ Dr Ahmad Zainuddin & Mohd Faizal Ahmad
Selamat kembali bertugas buat semua warga SK Batu 3 sekalian.
Semoga kita hadir dengan langkah dan semangat yang baru untuk meneruskan perjuangan membina generasi berilmu mendidik anak bangsa.
Ayuh kita mulakan kerja kita pada tahun ini dengan memanjatkan doa kepada Yang Maha Berkuasa.
Ucapan Guru Besar & Taklimat
Taklimat Pengurusan Kurikulum Tahun 2014
oleh: Pn. Hjh. Rossilah Binti Hashim (GPK 1)
Peringatan dari En. Onn buat semua
Cerita taubat seorang hamba Allah pada zaman Nabi Musa A.S.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Kepada semua warga SK Batu 3 yang mulia.
Saya mewakili Pn. Hamidah Bt. Abu Bakar memohon jasa baik tuan-tuan dan puan-puan menghadiahkan bacaan Al-Fatihah dan doa kepada suaminya En. Misuan yang akan menjalani pembedahan batu karang.
Semoga segala urusan dipermudahkanNya. Amin Ya Rabbal 'Alamin.
Ya Allah , ya Tuhan kami, yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
kami berhimpun pada hari ini berdoa memohon rahmat dan hidayah dari-Mu.
Semoga dengan rahmat itu ,
Engkau berikan petunjuk kepada kami, Engkau perkukuhkan perpaduan kami,
Engkau memperbaiki urusan Agama dan dunia kami.
Ya Allah, ya Tuhan kami yang memiliki segala kekuasaan dan kemuliaan,
kurniakanlah taufik dan hidayah-Mu kepada kami,
restuilah perancangan kami,
bimbinglah kami dengan petunjuk-Mu yang berterusan.
Pimpinlah kami sekalian ke jalan yang lurus dan benar yang membawa kepada ketenteraman dan
kesejahteraan.
Hindarkanlah kami sekalian dari segala mala petaka dan sifat-sifat yang keji.
Ya Allah , Ya Tuhan kami yang Maha Mendengar,
Kau berilah kekuatan dan keselamatan kepada En. Misuan (Suami Pn. Hamidah Abu Bakar) yang akan menjalani pembedahan. Semoga pembedahannya berjalan lancar dan mendapat kesihatan yang baik selepas pembedahan.